Kerajaan serius sekat penularan berita palsu - Utusan Malaysia

Kerajaan serius sekat penularan berita palsu

MOHAMED Farid Mohamed Zawawi (dua kiri) menyampaikan bakul makanan kepada penjaja kecil di Tanjung Chat, Kota Bharu, hari ini.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Langkah kerajaan mewartakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 merupakan pilihan terbaik bagi menyekat penyebaran berita palsu yang kian menjadi-jadi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, semua pihak perlu faham tujuan sebenar perkara itu yang bukanlah mahu menyusahkan rakyat.

“Jadi kita menyokong dasar kerajaan untuk mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 202 pada Khamis lepas.

“Tindakan yang lebih tegas perlu diambil kepada mereka yang betul-betul ekstrem dalam menyebarkan berita palsu itu tersebar,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Bharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Menyantuni Peniaga Kecil yang terjejas akibat Covid-19 di Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Turut hadir timbalannya, Anuar Rajib.

Seramai 45 peniaga kecil menerima sumbangan bakul makanan daripada Bersatu Bahagian Kota Bharu bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Mohamed Farid berkata, dengan ketegasan kerajaan itu, rakyat tidak lagi boleh bertindak terburu-buru menyebarkan sesuatu berita tidak sahih menerusi aplikasi Telegram atau Whatsapp.

“Mereka yang terlibat menyebarkan berita palsu berhubung Covid-19 atau proklamasi darurat boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya, menurut Warta Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Farid memberitahu seramai 1,050 peniaga kecil, pemandu kereta sewa, pengayuh beca dan golongan B40 seluruh Parlimen Kota Bharu diberi bakul makanan sebagai tanda prihatin Bersatu terhada mereka.

Katanya, dalam tempoh tidak sampai sebulan, 10 program sama diadakan bagi melaksanakan inisiatif tersebut di samping menyantuni rakyat di kawasan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya