Kerajaan Selangor tidak lengah projek ECRL - Utusan Malaysia

Kerajaan Selangor tidak lengah projek ECRL

AMIRUDIN Shari (dua kanan) menyerahkan surat tawaran Biasiswa Selangor Bitara kepada penerima, Emir Haady Imran Zulkharnian (tiga kanan) di SUK Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak melengahkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) seperti didakwa Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Tan Sri Zuki Ali.

Sebaliknya, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Persekutuan ketika ini yang tidak mahu membangunkan pelan Jajaran Selatan Selangor (Hulu Selangor-Sepang-Westport) rel tersebut, seperti dipersetujui ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kita (kerajaan negeri) telah melengkapkan kajian pengambilan tanah, nama stesen dan beberapa aspek lain melibatkan Jajaran Selatan.

“Namun, pada Julai dan Ogos lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengumumkan untuk menggunakan Jajaran Utara Selangor (Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang) bagi projek tersebut.

“Oleh demikian, Kementerian Pengangkutan mengemukakan pelan jajaran utara sedangkan kita melengkapkan kajian jajaran selatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Biasiswa Selangor Bitara di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di sini hari ini.

Isnin lalu, Zuki berkata, kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM1.25 juta setiap hari disebabkan keputusan kerajaan Selangor yang tidak bersetuju menggunakan jajaran utara.

Menurutnya, penangguhan persetujuan Selangor akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat supaya satu keputusan boleh dicapai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya