Kerajaan PN bacul terhadap pengundi muda - Utusan Malaysia

Kerajaan PN bacul terhadap pengundi muda

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan bacul terhadap anak muda berikutan kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berhubung kelayakan mengundi di usia 18 tahun yang tidak dapat diteruskan.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tindakan itu jelas menafikan hak golongan sasar dalam menentukan pembentukan sesebuah kerajaan berwibawa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sehubungan itu, tegasnya, tiada guna kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya berhabis ratusan juta bagi menaik taraf sistem komputer yang lebih canggih jika kemudahan itu tidak dimanfatkan sepenuhnya.

“Kerajaan takut anak muda buat pilihan yang baik pada PRU-15 nanti.

“Sebab itulah mereka bimbang Parlimen bersidang kerana bimbang isu ini akan bergema di Dewan Rakyat dan Dewan Negara ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam menerusi satu ruangan bual bicara di sebuah rancangan televisyen, Rais berkata, kelayakan mengundi pada pilihan raya di usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Menurut Rais, pelbagai kekangan ke arah pelaksanaannya sebelum negara ini benar-benar bersedia membenarkan pendaftaran pengundi seawal usia itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya