Kerajaan pernah larang penggunaan kalimah Allah - Utusan Malaysia

Kerajaan pernah larang penggunaan kalimah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekitar 1982, berdasarkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menghalang sepenuhnya penggunaan kalimah Allah, Kaabah, Baitullah dan solat oleh mereka yang beragama Kristian di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Larangan yang terkandung dalam Pemberitahu Undangan (A) Warta Persekutuan, P.U(A) 15/1982 meliputi percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan kitab Injil yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia, Alkitab.

Bagaimana, beberapa bulan selepas itu perintah larangan penuh tersebut telah dipinda apabila P.U(A) 134/1982 dibuat.

Pindaan tersebut masih lagi mengekalkan larangan penuh percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran dan pengedaran kitab Injil AlKitab yang mengandungi kalimah Allah di seluruh negara namun membenarkan pemilikan kitab tersebut oleh masyarakat Kristian tetapi hanya di dalam ruang lingkup gereja sahaja.

“Sekiranya keputusan polisi Kabinet (ketika itu) adalah untuk meletakkan larangan penuh terhadap penggunaan empat perkataan itu, maka boleh diandaikan bahawa P.U (A) 134/1982 dipinda bagi menggambarkan polisi baharu itu. Ini kerana larangan baharu itu akan akan turut mengambil kira pemilikan AlKitab di gereja juga. Tetapi ia tidak dilakukan.

“Sekiranya keputusan polisi Kabinet dibuat dengan betul, teratur dan disahkan penggunaannya mengikut lunas undang-undang yang bersesuaian di Kementerian Dalam Negeri, semakan kehakiman ini mungkin tidak akan berlaku.

Ini kerana, saya berpendapat, keputusan Kabinet merangkumi ruang lingkup yang lebih besar berbanding peruntukan di dalam P.U (A) 134/1982. Hakikatnya penggunaan empat kalimah tersebut telah dibenarkan di luar ruang lingkup gereka dengan penggunaan ayat penafian (Untuk Agama Kristian Sahaja) sebagaimana yang dinyatakan,” kata Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Itu merupakan antara penghakiman penuh setebal 98 muka surat Hakim Nor Bee yang kini Hakim Mahkamah Rayuan ketika memutuskan semakan kehakiman yang difailkan oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill pada 10 Mac lalu.

Keputusan yang antara lain membenarkan empat perkataan; `Allah’,`Kaabah’,`Baitullah’ dan `solat’ digunakan dalam bahan penerbitan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat dan pemimpin .

Jill Ireland memfailkan semakan kehakiman pada 2008 memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya telah dihalang melalui sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Pada bahagian awal penghakimannya, Hakin Nor Bee menjelaskan, permohonan yang dikemukakan oleh Jill Ireland adalah berbeza dengan kes penggunaan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan Majalah mingguan gereja Katolik, The Herald dalan versi Bahasa Malaysia.

Sebaliknya, permohonan wanita terbabit adalah membabitkan arahan Menteri Dalam Negeri yang jauh berbeza dengan keputusan Kabinet yang didakwa sebagai penafian terhadap haknya untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

Dalam arahan Menteri Dalam Negeri (ketika itu) yang dipertikaikan dan dikeluarkan terhadap Jill Ireland meletakkan larangan penuh terhadap empat perkataan tersebut tetapi keputusan Kabinet membolehkan penggunaan kalimah Allah, BAitullah, Kaabah dan solat digunakan dalam bahan penerbitan agama Kristian selagi mana terdapat ayat penafian ‘Untuk Agama Kristian Sahaja’.

“Tiada sebarang bukti ditunjukkab bahawa perbezaan ini telah dibawa untuk perhatian Kabinet atau Kabinet telah meluluskan pindaan sebagaimana yang terkandung dalam arahan yang dipertikaikan. Ketiadaan bukti ini, pada pendapat saya, menunjukkan bahawa arahan yang dipertikaikan tidak konsisten dengan keputusan Kabinet,”kata hakim itu.

Perbezaan tersebut telah memutuskan `hubungan’ di antara keputusan kabinet dengan arahan Kementerian sekaligus menjadikan arahan tersebut adalah arahan yang dikeluarkan Bahagian Kawalan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri.

“Ini bukanlah satu kes yang mana pihak responden (KEmenterian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia) telah dinafikan maklumat yang boleh digunakan oleh mereka di Mahkamah ini sehingga menjejaskan peluang untuk menjawab.

“Sebaliknya perbezaan tersebut begitu ketara dan reesponden seharusnya boleh mengenalpasti sekiranya segala dokumen yang berkaitan diteliti dengan betul dan sewajarnya. Responden hanya boleh menyalahkan diri sendiri sekiranya mereka tidak berbuat demikian,”kata Hakim Nor Bee.

Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya edisi Bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, tidak sah dan terbatal.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun 2014 yang menolak permohonan Gereja Katolik bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Kementerian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya