Kerajaan perlu perjelas pampasan HSR kepada Singapura - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu perjelas pampasan HSR kepada Singapura

S. RAMAKRISHNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu memberi penjelasan terperinci berhubung pembayaran pampasan berjumlah lebih RM320 juta untuk pembatalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kepada Singapura.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, S. Ramakrishnan berkata, pembayaran itu hanya diketahui setelah Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung membuat makluman di laman web kementeriannya, baru-baru ini.

“Apakah sebab pemerintah Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu rakyat mengenai pembayaran ganti rugi ini.

“Semua persoalan ini mewujudkan prasangka buruk dan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pada 1 Januari lalu, Malaysia dan Singapura memutuskan Projek HSR dibatalkan selepas tempoh penangguhan projek itu berakhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya