Kerajaan perkenal Safe@Work - Utusan Malaysia

Kerajaan perkenal Safe@Work

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inisiatif baharu Safe@Work diperkenal kerajaan bagi membolehkan pekerja kontak rapat terus bekerja dalam situasi protokol baharu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaksanaan tersebut dirangka berdasarkan sesi libat urus dengan pelbagai pihak sektor awam dan swasta termasuk Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pemain industri.

Katanya, menerusi pelaksanaan itu, syarikat sektor perkilangan perlu menyediakan penginapan pekerja yang selamat serta mematuhi piawaian di bawah Akta Standard Minimum Penginapan dan Perumahan Pekerja 1990 (Akta 446) disamping mengurus kes- pekerja positif serta berkaitan langkah-langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19.

“Sebelum ini pekerja kontak rapat wajib dikuarantin dan tidak dibenarkan bekerja sehingga semua pekerja kontak rapat disahkan bebas Covid-19, selepas menjalani ujian saringan.

” Safe@Work membolehkan pekerja kontak rapat terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan gelembung Safe @ Work,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata, inisiatif itu mula dibuka untuk pendaftaran pada 1 April ini.

“Komitmen majikan sangat penting bagi memastikan keselamatan pekerja terjamin, seterusnya menyumbang kepada kelangsungan aktiviti ekonomi,” jelasnya,

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion serta suntikan fizikal baharu berjumlah RM 11 bilion dalam merancakkan ekonomi negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya