Kerajaan negeri serah siasatan ceroboh tanah rizab empangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri serah siasatan ceroboh tanah rizab empangan kepada SPRM

SULAIMAN Md. Ali mengadakan sidang akhbar di Bilik Tun Bija Sura, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri sedia menyerahkan siasatan berhubung insiden pencerobohan tanah rizab empangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada unsur-unsur rasuah, terutama melibatkan pembinaan struktur bangunan kekal.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali turut mempersoalkan, bagaimana penceroboh berkenaan boleh membina chalet, jeti dan asrama pekerja secara haram di tanah kerajaan sedangkan ia memerlukan kelulusan tertentu daripada pelbagai pihak.

Beliau berkata, ini kerana sebarang pembinaan perlu mendapat kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu.

“Kalau kena melalui SPRM, maka kita akan melalui SPRM. Macam mana bangunan boleh ada dalam itu? Struktur bangunan mesti ada kelulusan. Kalau ada kelulusan maka kita akan periksa.

“Bagaimana mereka boleh membina bangunan tersebut? Bukan kecil, besar. Bagaimana mereka boleh mendapat bekalan elektrik dan sebagainya? Ini juga saya minta disiasat,” katanya dalam sidang akhbar khas di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sekitar 466.35 ekar tanah rizab empangan Durian Tunggal di sini diceroboh pihak tidak bertanggungjawab sehingga ada yang berani membangunkan struktur bangunan kekal.

Pencerobohan bagi tujuan pertanian seperti tanaman durian Musang King, kelapa sawit, dan sebagainya pula dikesan dengan keluasan 52.7 ekar.

Sulaiman menambah, kerajaan negeri akan menghantar notis terakhir kepada penceroboh untuk mengosongkan tapak dan keluar dari tanah rizab berkenaan sebelum 1 April ini.

“Struktur bangunan kekal dibina di atas tanah rizab masih digunakan sebagai rumah penginapan, rumah pekerja asing, rumah pam air, chalet dan lain-lain.

“Kerajaan negeri akan mengeluarkan penceroboh-penceroboh ini dengan menguatkuasakan Notis 425 Kanun Tanah Negara,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya