Kerajaan negeri didesak tarik balik permit kuari batu - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri didesak tarik balik permit kuari batu

ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Kerajaan negeri didesak menarik balik permit operasi sebuah kuari batu di Gunung Baling berdekatan Kampung Padang Mas dan Kampung Dalam Wang di sini.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kuari batu tersebut tidak sesuai beroperasi di kawasan itu kerana terletak berdekatan rumah penduduk di kampung tersebut.

“Saya mohon kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor menarik balik permit operasi kuari tersebut sebelum kejadian buruk menimpa penduduk.

“Difahamkan, terdapat letupan pertama dilakukan di kuari batu itu minggu lepas.

“Penduduk mendakwa operasi kuari itu mengganggu ketenteraman dan mengancam keselamatan mereka yang tinggal di kawasan berdekatan,” katanya ketika ditemui selepas Program Bakul Makanan di bawah inisiatif Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) di sini, semalam.

Utusan Malaysia 22 Mac lalu melaporkan lebih 2,500 penduduk di Kampung Padang Che Mas dan Kampung Dalam Wang membantah operasi sebuah kuari batu yang baharu di kaki Gunung Baling berhampiran kawasan kampung mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya