Kerajaan mohon permit khas import 32,000 pekerja asing - Utusan Malaysia

Kerajaan mohon permit khas import 32,000 pekerja asing

MOHD. Khairuddin Aman Razali (tengah) ketika melawat Kompleks FGV Krau dan Kilang Sawit Mempaga di Raub, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan kebenaran khas mengimport sekurang-kurang 32,000 pekerja asing untuk bekerja di ladang FGV Holdings Berhad (FGV).

Menterinya, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, tenaga buruh asing diperlukan pada masa ini sebagai penuai buah sawit di ladang milik FGV seluruh negara.

Katanya, sebelum pandemik Covid-19, seramai 250,000 buruh asing seperti dari Indonesia bekerja di sektor kelapa sawit tetapi ramai pulang ke negara asal dan tidak dapat kembali berikutan sekatan sempadan.

”Sekiranya tenaga buruh asing tidak dapat diatasi, sektor perladangan sawit negara bakal mengalami kerugian RM5 bilion apabila buah sawit yang masak tidak dapat dituai.

“Bagaimanapun, strategi jangka pendek ialah menarik generasi muda tempatan bekerja buruh ladang diharap dapat menggantikan buruh asing.

“Buruh tempatan diberi pelbagai insentif seperti gaji antara RM1,500 ke RM2,000, pendidikan, kediaman percuma dan subsidi air,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Kompleks FGV Krau dan Kilang Sawit Mempaga, di sini hari ini.

Khairuddin berkata, kementerian berkenaan komited memaksiumkan pengeluaran hasil sawit negara khususnya ketika harga komoditi berada paras terbaik sejak kebelakangan ini.

Sebagai contoh, katanya, hasil komoditi sawit negara pada 2020 mencatatkan peningkatan sebanyak RM73 bilion berbanding RM63 bilion pada 2019.

“Kementerian sangat optimis pendapatan hasil sawit tahun ini sebanyak RM75 bilion dan boleh menjangkau RM80 bilion sekiranya masalah buruh diatasi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sebuah Pejabat Serantau akan ditubuhkan di Jeddah, Arab Saudi sebagai pusat promosi minyak sawit dan produk perladangan di Afrika dan negara Timur Tengah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya