Kenyataan Ku Li ada kaitan hasrat tanding Presiden UMMO - Utusan Malaysia

Kenyataan Ku Li ada kaitan hasrat tanding Presiden UMMO

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas tidak menolak kemungkinan tindakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah melabel parti itu sebagai pelacur ada kaitan dengan hasratnya untuk bertanding sebagai Presiden UMNO.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau berasakan pemimpin veteran yang lebih sinonim dengan panggilan Ku Li itu sedang cuba membina naratif baharu bagi mengambil ‘angin’ orang UMNO menjelang pemilihan parti tersebut tidak lama lagi.

Katanya, Pas bagaimanapun tidak mudah melatah dengan kenyataan itu kerana sedar bahawa pandangan Ku Li itu tidak langsung mewakili pandangan pimpinan dan ahli UMNO secara keseluruhannya.

“Astaghfirullah, tak patutlah orang yang sudah berusia 80-an kata begitu. Ku Li ini mahu bertanding sebagai Presiden UMNO dan disebabkan itu, beliau nampaknya cuba bina naratif baharu dalam kalangan sebahagian ahli UMNO yang menyokongnya.

“Namun saya rasa ahli politik yang meniupkan permusuhan kebencian dengan gelaran tak baik kepada rakan seagama ini tiada tempat dalam zaman sekarang. Patut jadi sejarahlah, dinosaur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan filem ‘The Puppet Master Trilogy’ di Dewan Seri Mentaloon dekat sini, hari ini.

Yang hadir sama isteri beliau, Jusmalailani Jusoh; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Zakaria Abdul Hamid serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzari.

Tengku Razaleigh baru-baru ini melabelkan Pas sebagai pelacur politik yang perlu ditewaskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menyifatkan tindakan Pas dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini sebagai bukti parti berkenaan tidak boleh dipercayai.

Mengulas lanjut, katanya, selaku pengerusi jemaah penasihat, Ku Li sepatutnya menasihatkan UMNO mengenai kaedah memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) selain menyuburkan persaudaran.

“Beliau tak sepatutnya mencetuskan perbalahan. Kalau cetuskan perkara yang menggalakkan permusuhan dan kebencian ini, tak patut jadi penasihatlah.

“Di pihak Pas, kami tak kenal pelacur. Orang yang mengenali pelacur ini biasanya terdiri daripada mereka yang melanggannya saja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya