Keluarga tidak tahu lokasi Sajat - Utusan Malaysia

Keluarga tidak tahu lokasi Sajat

ABDUL Aziz (tengah) menyampaikan sijil kepada kakitangan TERAS pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pengaktifan Semula Operasi organisasi tersebut di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor hari ini.-UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: ‘Kehilangan’ usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat terus menjadi tanda tanya apabila ibu bapanya memaklumkan anaknya tiada di rumah.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis telah datang ke kediamannya tetapi ibu bapanya memaklumkan tidak tahu anak mereka di mana.

“Polis dan JAIS sentiasa bekerjasama dengan pihak untuk menyelesaikan apa-apa kes sekalipun termasuk dalam kes Sajat ini. Suatu masa nanti, kita akan dapat menangkapnya.

“Jika benar dia ada di negara ini, datanglah berjumpa kita di JAIS untuk merungkai segala permasalahan.

“JAIS dan polis akan tetap meneruskan usaha dan tidak pernah berhenti menjejakinya yang dipercayai masih bersembunyi dalam negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir ke majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Pengaktifan Semula Operasi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn.Bhd. (Teras).

Pada masa sama, mengulas mengenai JAIS gagal dalam menangani isu Sajat, Abdul Aziz berkata, pihaknya meminta bantuan polis sebagai usaha untuk menyelesaikan kes tersebut dengan segera.

Jelasnya, dalam kes undang-undang tiada had masa yang kita tetapkan dan kes tersebut tiada prioriti nombor satu, dua atau tiga.

“Jika Sajat benar-benar ada di negara ini datanglah berjumpa kita. Kita selesaikan isu ini tanpa perlu dia mempertikai apa yang kita lakukan setakat ini.

“Pintu JAIS sentiasa terbuka untuknya supaya hadir menjernihkan keadaan, tindakan mengeluarkan kenyataan di media sosial tidak menguntungkan sesiapa,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN