Kedutaan Korea Utara lengang, bendera masih berkibar - Utusan Malaysia

Kedutaan Korea Utara lengang, bendera masih berkibar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai, Damansara di sini lengang dengan bendera negara itu masih berkibar di bangunan tersebut.

Tinjauan sehingga pukul 1 petang ini mendapati, hanya kelihatan petugas media yang menunggu di luar kedutaan untuk mengikuti perkembangan yang berlaku berikutan pengumuman Pyongyang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan Kementerian Luar Korea Utara, Malaysia didakwa melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan kerana menghantar seorang rakyatnya yang tidak bersalah ke AS.

“Sehubungan itu, kementerian mengumumkan hubungan diplomatik sudah terputus,” jelas kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya