Kecoh murid SK daerah Tampin positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Kecoh murid SK daerah Tampin positif Covid-19

MURID tahun enam SK Dr Sulaiman, Tampin dikesan positif Covid-19 pada 16 Mac lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Murid tahun enam di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini dikesan positif Covid-19 pada 16 Mac lalu.

Berikutan itu, sumber Utusan Malaysia berkata, kesemua 26 murid yang merupakan rakan sekelas murid berkenaan diarahkan menjalani ujian calitan Covid-19.

Sembilan guru di sekolah yang sama turut tidak terkecuali menjalani ujian calitan berkenaan.

“Kesemuanya diarahkan menjalani ujian calitan di Klinik Kesihatan Gemencheh, semalam.

“Pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan mengambil tindakan bersesuaian sekiranya terdapat penambahan bilangan murid yang positif Covid-19.” katanya.

Sumber itu berkata lagi, sekolah berkenaan masih beroperasi seperti biasa kecuali kepada individu yang telah diarahkan menjalani ujian calitan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan proses sanitasi telah dilaksanakan di sekolah berkenaan.

“Kontak rapat telah disaring dan diasingkan daripada sesi persekolahan berkenaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN