Kawalan keselamatan di sempadan diperketatkan - Utusan Malaysia

Kawalan keselamatan di sempadan diperketatkan

HASANUDDIN Hassan menyemat pemakaian pangkat kepada salah seorang pegawai polis pada majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Peringkat Kontinjen Kedah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar, hari ini. - UTUSAN /JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kawalan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman Korea Utara bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tahap kesiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut membabitkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa yang lain.

“Susulan perkembangan baharu ini, PDRM sentiasa peka dengan penugasan kami terutama di sempadan supaya tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Kita memang berjaga-jaga.

“Perlu diingatkan, kawalan keselamatan di sempadan itu bukan sahaja polis sahaja tetapi agensi penguat kuasa lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-214 Peringkat Kontinjen Kedah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata demikian sebagai mengulas tentang arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador agar semua polis negeri memantau perkembangan semasa isu Korea Utara susulan kenyataan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song baru-baru ini bahawa Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya.

Selain itu, beliau berkata, kawalan keselamatan tersebut juga diperketatkan di semua sekatan jalan raya Covid-19 dan Op Benteng di negeri ini.

“Setakat ini, kita mempunyai dua sekatan jalan raya Op Benteng dan 16 sekatan jalan raya Covid-19, kalau berlaku perkara melanggar undang-undang kita akan ambil tindakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberi amanat agar semua pegawai dan anggota polis agar berpegang kepada integriti dalam PDRM agar kepercayaan anggota masyarakat berterusan.

“Dalam organisasi mana pun pasti ada sedikit yang lari daripada landasan bukan kata tidak ada integriti tetapi yang sedikit ini yang menjadi barah kepada organisasi besar,”
katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya