Kapal tangki Afrika ditahan berlayar tanpa insurans - Utusan Malaysia

Kapal tangki Afrika ditahan berlayar tanpa insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah kapal tangki berdaftar dari Tanzania, Afrika yang membawa 24 anak kapal ditahan pada kedudukan 1.9 batu nautika barat daya dari Tanjung Keling di sini, semalam (Rabu).

Kapal itu ditahan sepasukan anggota Agensi Pengutkuasaan Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan kira-kira pukul 2.40 petang selepas dipercayai belayar tanpa perlindungan insurans.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Haris Fadzillah Abdullah berkata, ia ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung situasi itu daripada Jabatan Laut.

“Hasil maklumat, bot ronda kita telah mengesan kapal tangki itu sedang berlabuh di batas pelabuhan Melaka dan hasil pemeriksaan mendapati kapal berkenaan didaftarkan di Tanzania, Afrika.

“Kapal tangki tersebut dikendalikan oleh 24 anak kapal warganegara China berusia antara 22 hingga 46 tahun dan mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen jaminan insuran sebagaimana kehendak Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim (LLMC) 1976 daripada Pengarah Jabatan Laut.

“Kapal tangki berkenaan turut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Susulan itu, anggota Maritim menahan kapal serta semua anak kapal berkenaan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya