Kandungan surat tidak dimaklumkan - Utusan Malaysia

Kandungan surat tidak dimaklumkan

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Surat menamatkan kerjasama antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat reaksi berbeza apabila beberapa ahlinya mendakwa tidak mengetahui langsung perkara tersebut.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, surat itu langsung tidak dimaklumkan kepada ahli parti selain kandungan suratnya yang kurang jelas.

Menurutnya, beliau tidak mempertikaikan keputusan itu dan hanya bertanya kerana selepas mesyuarat diadakan langsung tidak diberitahu kepada ahli sedangkan setiap yang diputuskan akan dilaksanakan oleh ahli.

“Jika UMNO tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu, yang akan melaksanakannya adalah 22,000 cawangan, jadi tidak boleh berahsia. Takkan surat itu antara kedua-dua presiden sahaja.

“Keputusan melibatkan ahli, jadi mereka kena tahu. Kalau peringkat saya tak tahu, bawah (ahli) lagi tidak tahu,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan teka-teki kerjasama antara UMNO dan Bersatu terjawab apabila parti itu secara rasminya menghantar surat menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Surat tersebut telah dihantar pada 26 Februari lalu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun, tiada sebarang maklum balas sehingga semalam.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau tidak mengetahui lanjut mengenai surat berkenaan.

Jelasnya, dia tidak dimaklumkan langsung berhubung surat tersebut dan meminta supaya merujuknya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Buat masa ini, pendirian akan terus menyokong kerajaan sedia ada sehingga pembubaran Parlimen kelak.

“Sokongan ini hanya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan bukannya parti tertentu. Kerajaan hari ini mempunyai parti PN, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Parti PN adalah Pas, Bersatu, Gerakan dan dua parti lain dari Sabah. Kedua-dua perkara itu adalah berbeza,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya