Kajian perkasa Akta Kanak-Kanak 2001 selesai hujung tahun ini - Utusan Malaysia

Kajian perkasa Akta Kanak-Kanak 2001 selesai hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu kajian khusus mengenal pasti kelompangan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 dijangka siap penghujung tahun ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan memaklumkan, usaha tersebut menunjukkan kementerian sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap isu sosial terutama berkaitan penderaan kanak-kanak yang sering berlaku akhir-akhir ini.

Jelas kementerian itu, pihaknya bercadang mengkaji semula Akta Kanak-Kanak 2001 susulan pindaan terakhir akta tersebut adalah pada 2016.

“Kajian terbabit selaras dengan obligasi Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) terutamanya Artikel 19 mengenai perlindungan daripada segala bentuk keganasan fizikal, emosi dan seksual.

“Sebagai langkah awal memperkasakan usaha terbabit, kementerian memulakan kerjasama dengan Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu menyebut, pihak kementerian mengalu-alukan sesi konsultasi yang akan diadakan UNICEF dan OCC bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar dan aktivis kanak-kanak serta ahli akademik bagi memastikan pandangan semua pihak diambil perhatian.

“Sesi konsultasi dan pengumpulan input merupakan fasa yang amat penting dalam proses kajian semula Akta Kanak-Kanak 2001 agar lebih menyeluruh dan menepati keperluan dalam semua aspek meliputi perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak di Malaysia.

“Pada masa yang sama, kementerian akan terus mempergiatkan program literasi undang-undang dan penguatkuasaan peruntukan akta sedia ada untuk memberi kesedaran kepada umum bahawa melindungi kanak-kanak di negara ini merupakan tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya