Kaji polisi bekerja dari rumah, elak pekerja ambil kesempatan -

Kaji polisi bekerja dari rumah, elak pekerja ambil kesempatan

M. Saravanan bercakap dalam sidang akhbar sempena Majlis 365 Hari Pencapaian Menteri Sumber Manusia di kementeriannya di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti keperluan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk mengelak ada pekerja yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelonggaran itu.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kejayaan polisi itu sebenarnya banyak bergantung kepada nilai keikhlasan pekerja sendiri tanpa menjejaskan tahap produktiviti sedia ada.

“Ia sebenarnya budaya baharu diperkenalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun, kita sedang kaji sama ada ia sesuai lagi diamalkan selepas habis PKP nanti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan 365 Hari Pencapaian sempena genap setahun menerajui kementerian berkenaan di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap secara maya sempena Hari Wanita Sedunia 2021 menyarankan pemerluasan BDR terutama untuk pekerja wanita.

Beliau juga mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia agar melihat kesesuaian dasar itu bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam pekerjaan.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pihak kementerian turut berasa bimbang jika ada pekerja mengambil kesempatan BDR itu sehingga berkemungkinan menjejaskan pula niat baik majikan.

“Kita tidak mahu ia ‘mencacatkan’ usaha kerajaan yang mahu meringankan beban pekerja dan mengekang penularan Covid-19, meskipun BDR ada memberi impak pengurangan kos kepada syarikat,” katanya.

Menyentuh kejayaan kementerian itu sepanjang setahun lalu, beliau berkata, Program Subsidi Upah (PSU) yang dilancarkan pihaknya antara kejayaan inisiatif menyelamatkan banyak pihak terlibat.

Sepanjang pelaksanaan PSU 1.0 ujar beliau, sebanyak RM12.38 bilion telah dibayar kepada 331,569 majikan yang menggaji seramai 2,725,161 pekerja di seluruh negara tahun lepas.

Sementara PSU 2.0 pula, pihak kementerian tersebut jelas beliau, sudah membantu dengan sebanyak RM442.53 juta dibayar kepada 77,882 majikan yang mewakili 973,415 pekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya