Kahwin sebab Najib, ye? - Utusan Malaysia

Kahwin sebab Najib, ye?

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Korang (anda) kahwin sebab Najib, ye? ”

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyimpulkan demikian apabila menghuraikan mengapa pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Sinar perlu dalam keadaan sekarang.

” Dan ada juga yang berbelanja untuk menampung kos perkahwinan yang sudah ditangguhkan beberapa kali pada masa dahulu sebab kekurangan duit!,” ujarnya dalam hantaran menerusi Facebooknya hari ini.

Kata beliau lagi, antara sebab beliau mendesak untuk pengeluaran KWSP dibenarkan ialah untuk merancakkan ekonomi tempatan

Ini disebabkan beliau melihat kepada saiz belanjawan kerajaan bagi tahun 2021 hanya dua peratus lebih besar berbanding 2019 di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Nampaknya objektif saya ini menjadi realiti, ” ujar Najib yang dikenali banyak memperjuangkan isu pengeluaran KWSP dan juga moratorium ketika wabak Covid-19 menyebabkan banyak aktiviti ekonomi terhenti.

Beliau turut menyertakan keratan akhbar tempatan The Malaysian Reserve pada laporan muka depannya semalam bertajuk Malaysian using i- Sinar for investment bagi mengukuhkan kenyuataan beliau.

Kata Najib, ramai yang menggunakan pengeluaran i-Sinar untuk membayar balik hutang tertunggak dan membiayai kelangsungan hidup, membeli emas atau melabur dalam pasaran saham selain untuk membayar deposit rumah pertama atau memulakan perniagaan sendiri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya