Jurugambar bersalah muat naik status jelik hina agama Hindu - Utusan Malaysia

Jurugambar bersalah muat naik status jelik hina agama Hindu

ZAMRI Abdul Razak hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi keputusan kes memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebook miliknya. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang jurugambar syarikat produksi didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap dua pertuduhan memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebook miliknya, dua tahun lalu.

Hakim M.M Edwin Paramjothy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan yang dihadapi oleh Zamri Abdul Razak, 54.

Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya terhadap tertuduh selepas mendengar keterangan semua saksi pembelaan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 April ini bagi tarikh menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Zamri didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dua komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil `Zamri Bin Abd. Razak’.

Kedua-dua pautan itu kemudian dibaca seorang pengguna Facebook `Saravana Kumar’ di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini, pukul 12.45 tengah hari, 10 Mac 2019.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) akta sama memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling berhujah agar mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pemenjaraan dan denda yang berat kerana kesalahan yang dilakukan serius.

“Dengan satu hukuman yang berat dapat memberi amaran yang tegas pada mana-mana indvidu yang cuba menggugat keharmonian negara,” katanya.

Bagaimanapun peguam Mohd. Harris Al-Hajj Abdullah yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda dan bukan pemenjaraan berikutan anak guamnya perlu mendapatkan rawatan penyakit jantung selain pendapatan terjejas akibat pandemik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya