Jumlah pekerja asing disaring positif Covid-19 turun lagi semalam - Utusan Malaysia

Jumlah pekerja asing disaring positif Covid-19 turun lagi semalam

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pekerja warga asing didapati positif wabak Covid-19 setelah melalui saringan wajib di seluruh negara semalam turun lagi untuk hari yang ketiga berturut-turut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Sumber Manusia merekodkan 10 individu semalam berbanding 12 kelmarin dan 22 orang pada Jumaat lalu.

“Pihak kementerian itu memaklumkan, sejumlah 2,449 pekerja warga asing sudah menjalani saringan tersebut di seluruh negara semalam,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Secara kumulatif ujarnya lagi, sejak awal Disember lalu, seramai 640,997 individu telah pun selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 33,205 majikan.

Daripada jumlah tersebut ujarnya, cuma 9,960 pekerja warga asing disahkan positif wabak maut berkenaan, manakala selebihnya pula iaitu seramai 631,037 orang lagi adalah negatif.

Sebanyak 1,534 klinik terlibat dalam program khas itu selaras arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing.

Mulai 1 Februari lepas, saringan dibuat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tersebut meliputi seluruh negara berbanding empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan sebelum itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN