Jumlah pekerja asing disaring positif Covid-19 jatuh semalam - Utusan Malaysia

Jumlah pekerja asing disaring positif Covid-19 jatuh semalam

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pekerja warga asing didapati positif wabak Covid-19 setelah melalui saringan wajib di seluruh negara semalam jatuh semula selepas naik sehari sebelumnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Sumber Manusia merekodkan 22 individu disahkan positif semalam berbanding 106 individu kelmarin.

“Pihak kementerian itu memaklumkan sejumlah 3,252 pekerja warga asing sudah menjalani saringan tersebut di seluruh negara semalam,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Secara kumulatif ujarnya lagi, sejak awal Disember lalu, seramai 634,082 individu telah pun selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 32,809 majikan.

Daripada jumlah tersebut ujarnya, cuma 9,935 pekerja warga asing disahkan positif wabak maut berkenaan, manakala selebihnya pula iaitu seramai 624,147 orang lagi adalah negatif.

Sebanyak 1,534 klinik terlibat dalam program khas itu selaras arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing.

Mulai 1 Februari lepas, saringan dibuat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tersebut meliputi seluruh negara berbanding empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan sebelum itu.

Keperluan ujian ini diwajibkan oleh kerajaan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan pematuhan dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya