Jumlah kenderaan masuk Kelantan naik 10 peratus - Utusan Malaysia

Jumlah kenderaan masuk Kelantan naik 10 peratus

JUMLAH kenderaan dari luar masuk ke Kelantan meningkat hingga 10 peratus berbanding sebelum ini meskipun larangan merentas negeri masih berkuat kuasa. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Status Kelantan yang kekal sebagai negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 14 April ini tidak menghalang rakyat keluar bersama keluarga bagi memanfaatkan cuti sekolah.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi di daerah ini, Pasir Mas dan Tumpat dan mendapati, jalan-jalan utama sesak dengan pelbagai jenis kenderaan termasuk yang datang dari luar negeri ini.

Perkara itu turut diakui polis yang mendedahkan jumlah kenderaan dari luar masuk ke Kelantan meningkat hingga 10 peratus berbanding sebelum ini meskipun larangan merentas negeri masih berkuat kuasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, perkara itu hasil semakan dilakukan pihaknya menerusi sekatan-sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan di setiap pintu masuk utama negeri.

“Berdasarkan rekod terkini, kita lihat jumlah kemasukan kenderaan dari luar ke Kelantan mula naik sehingga sebanyak 10 peratus berbanding sebelum ini.

“Kesemua kenderaan itu mempunyai surat kebenaran merentas negeri sebagaimana disyaratkan kerajaan,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di Pasir Mas hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya