JKKP sasar pengurangan 20 peratus kes penyakit ONRHD - Utusan Malaysia

JKKP sasar pengurangan 20 peratus kes penyakit ONRHD

AWANG HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyasar mengurangkan kes penyakit Gangguan Pendengaran Disebabkan Bising Pekerjaan (ONRHD) sebanyak 20 peratus menjelang 2025.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, sebanyak 3,055 kes penyakit ONRHD dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding penyakit lain di tempat kerja.

Katanya, sasaran itu mampu dicapai menerusi pelaksanaan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemain industri mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.

“Mengikut statistik Penyakit dan Keracunan Pekerjaan bagi 2020, daripada 4,960 kes penyakit di tempat kerja dilaporkan 61.5 peratus daripadanya adalah penyakit ONRHD menjadi penyumbang tertinggi kepada kes penyakit pekerjaan.

“ONRHD adalah penyakit yang kekal, tidak dapat dipulihkan dan boleh membawa kepada masalah komunikasi, menjejaskan hubungan interpersonal dan kemerosotan kualiti kehidupan.

“Berdasarkan rekod Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso), kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM6 juta untuk 191 kes pampasan kepada pekerja yang mengalami penyakit ONRHD pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Operasi Penguatkuasaan Peraturan Pendedahan Bising oleh JKKP di Kawasan Perindustrian Tebrau, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya