Jenazah wanita ditembak suami selamat dikebumikan  - Utusan Malaysia

Jenazah wanita ditembak suami selamat dikebumikan 

JENAZAH wanita yang ditembak suaminya ketika tidur dalam kejadian di Kota Tinggi di Johor pada 1 Mac lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Telaga di Hulu Terengganu kira-kira pukul 5.30 pagi ini. -Ihsan Facebook Ayie Lantana
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jenazah wanita yang ditembak suaminya ketika tidur di rumah mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi di Johor pada 1 Mac lalu selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.30 pagi ini. 

Jenazah ibu kepada dua anak lelaki itu disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Telaga di sini. 

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah yang dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di Johor tiba di kampung halaman kira-kira pukul 4.15 pagi. 

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri kira-kira 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan.

Pada 1 Mac lalu, Allahyarhamah yang berusia 38 tahun ditembak di bahagian dada dari jarak dekat oleh suaminya dengan menggunakan senapang angin ketika tidur.

Setelah membunuh mangsa, suspek yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dikatakan menyumbat isterinya di dalam tong air berwarna sebelum menanam mayat wanita berkenaan di sebuah ladang di Bandar Penawar yang terletak kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, jiran mereka yang turut ditahan bersama suspek utama membongkar kejadian sebenar kepada pihak polis. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya