Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahad - Utusan Malaysia

Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahad

SUASANA pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Morib, Banting, Selangor.-UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Suasana hiba menyelubungi pengebumian jenazah empat sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, Pahang petang tadi.

Jenazah Allahyarham Marlianna Abdul Muid, 37; adiknya, Marlia, 36; dan dua kanak-kanak iaitu Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7; dan anak Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd. Faizuddin, 9,
dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Morib, Banting di sini, kira-kira pukul 4.45 petang.

Terdahulu, semua jenazah yang dibawa dari Hospital Bentong tiba di Masjid Jamek Jama’iyah Morib untuk disembahyangkan pada pukul 3.15 petang.

Kelihatan puluhan ahli keluarga dan saudara mara Allahyarham yang hadir ke tanah perkuburan tersebut.

Terdahulu, empat sekeluarga itu maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler mengangkut kenderaan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, kira-kira 195 kilometer dari Kuantan, Pahang awal pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya