PETALING JAYA: Keadaan salah seorang mangsa yang terperangkap di bawah perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, di sini semalam, dilaporkan stabil.
Mangsa, Zaitun Zainal, 54, telah memuat naik kenyataan memaklumkan keadaan terkini beliau yang kini menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Alhamdulilah, Amin. Terima kasih semua,” katanya ringkas pada hantaran laman sosial Facebooknya kira-kira 4 jam lalu.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hospital mendapati terdapat beberapa rakan-rakan mangsa hadir ke hospital untuk menziarahi Zaitun.
Namun difahamkan, tiada sebarang pelawat dibenarkan untuk masuk melawat ke wad ketika ini. – UTUSAN ONLINE