PETALING JAYA: Pengguna yang melalui Lingkaran Tengah 2 (MRR2) hari ini terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas selepas jejambat dari struktur pembinaan di lebuh raya berkenaan runtuh dalam kejadian di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, berlaku di Lebuhraya MRR2 menghala ke Ampang dan dipercayai terdapat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu.
Namun, kata beliau masih tidak dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa atau tidak di dalam kejadian itu.
“Masih terlalu awal untuk memberikan sebarang komen memandangkan operasi menyelamat masih dijalankan ketika ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE