Jawatan dalam Kabinet 'lemahkan' MN - Utusan Malaysia

Jawatan dalam Kabinet ‘lemahkan’ MN

Zawawi Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Tawaran jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuatkan Pas ‘gelap mata’, sekali gus menyebabkan Muafakat Nasional (MN) yang dibina atas dasar ukhwah Islamiah dingin dan hambar.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, tawaran tersebut juga dilihat sebagai salah satu strategi yang disusun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi melemahkan UMNO.

Menurut beliau, dalam konteks pergolakan politik terkini, pendirian Pas untuk memperkukuh MN dan mempertahankan PN sudah tidak relevan.

“Polemik mempersoalkan keikhlasan Pas akan berakhir jika parti itu menyatakan pendirian sebenar sama ada memilih rakit bersama UMNO dan jika tidak, UMNO akan terus perkukuhkan Barisan Nasional (BN) walaupun secara solo,” katanya.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia ketika menghadiri Persidangan UMNO 2020 secara maya di Dewan UMNO Uthmaniyah Pulau Lima, di sini hari ini.

Dalam mesyuarat baru-baru ini, 12 daripada 14 UMNO bahagian negeri ini membuat ketetapan memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu dan mendesak Pas menyatakan pendirian sama ada memilih bersama MN atau PN.

Mengulas lanjut, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh itu berkata, beliau terkenang detik penyatuan UMNO dan Pas yang disulami titisan air mata kedua-dua pemimpin ketika menginsafi kesukaran rakyat di bawah Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keakraban yang berjaya dibina telah meredakan segala pahit maung yang pernah dilalui kedua-dua parti dan ia juga menggembirakan rakyat akar umbi.

“Sayang jika ketentuan Allah SWT merapatkan jalinan ukhwah UMNO dan Pas menerusi keikhlasan dan keinsafan kedua-dua kepimpinan, lebur begitu sahaja,” katanya.

Zawawi berkata, UMNO Kelantan teguh menyokong pendirian parti di peringkat pusat dalam soal kerjasama dengan Bersatu manakala usul UMNO Bahagian Ketereh yang dilaporkan ‘berlawanan’ pula dianggap sebagai kes terpencil. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya