JAS ambil sampel kapal kargo buang sisa minyak - Utusan Malaysia

JAS ambil sampel kapal kargo buang sisa minyak

IMEJ kapal kargo asing yang dipercayai membuang sisa kumbahan dirakam dari pesawat Bombadier Maritim semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil sampel di beberapa bahagian kapal kargo disyaki membuang sisa minyak yang ditahan di perairan Selangor kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak dekat sini semalam.

Ketua Pengarahnya, Norlin Jaafar berkata, pihaknya telah mengambil tiga sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Menurut beliau, pihaknya telah mengeluarkan Perintah Penahanan terhadap kapal asing yang disyaki telah melepaskan minyak di perairan negara semalam.

“Penahanan tersebut dibuat di bawah Seksyen 48, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan siasatan di bawah Seksyen 27 akta yang sama.

“Pasukan penyiasat JAS Selangor juga telah mengambil rakaman percakapan dan memeriksa dokumen kapal bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, keputusan sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis mengambil masa dua minggu.

Untuk rekod, bagi Seksyen 48 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, tiada hukuman kerana ia Seksyen yang memberi kuasa kepada JAS untuk menahan kapal tersebut sehingga pemilik kapal mendeposit sejumlah wang sebagai bon jaminan.

Manakala, hukuman bagi Seksyen 27 adalah denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah kapal kargo yang disyaki membuang sisa minyak di perairan Selangor kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak dekat sini.

Kapal kargo tersebut dikesan pesawat agensi itu yang melakukan rondaan di perairan berkenaan dan mengesan tindakan kapal kargo yang mencurigakan.

Susulan kejadian, melalui kapal Maritim Gagah yang sedang melakukan rondaan segera ke lokasi tersebut turut melakukan pintasan serta penggeledahan secara menyeluruh ke atas kapal tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Kapal kargo yang berdaftar di Haiphong, Vietnam itu dikatakan dalam perjalanan menghala ke utara dan telah memasuki perairan negeri Perak.

Kapal berkenaan dalam perjalanan menuju ke Eropah dengan dikendalikan 22 kru warga Vietnam berumur lingkungan 30 hingga 65 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya