Jangan senaraikan orang baharu tapi agihkan lebihan vaksin ke PPV lain - Utusan Malaysia

Jangan senaraikan orang baharu tapi agihkan lebihan vaksin ke PPV lain

Kerajaan luluskan vaksin Sinovac yang untuk digunakan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyenaraian individu lain selepas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selesai melaksanakan imunisasi yang diberikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menjadi punca wujudnya dakwaan isu potong barisan bagi suntikan fasa pertama vaksin Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan siasatan mendapati ia tidak disengajakan selepas ada satu tempat yang menjadualkan mereka yang tidak berdaftar atau tidak tersenarai dalam fasa pertama.

Katanya, tindakan dibuat PPV itu adalah kerana terdapat lebihan dos vaksin Covid-19 dan tindakan susulan sudah dilakukan.

“Saya sudah membatalkan temu janji terbabit dan sudah mengarahkan lebihan dos vaksin Covid-19 perlu dihantar ke PPV lain supaya ia boleh digunakan kepada petugas barisan hadapan yang masih menunggu.

“Perkara ini diketahui selepas disalurkan pemberi maklumat yang identiti mereka dirahsiakan. Perkara ini adalah antara 200 aduan yang diterima dan tindakan sewajarnya sudah diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berkenaan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya hari ini yang turut dihadiri, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Ditanya sama ada hanya pengamal media yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, Khairy berkata, JKJAV Covid-19 belum lagi menyenaraikan media sebagai individu yang terlibat dalam fasa pertama.

“Satu jawatankuasa kecil sudah ditubuhkan bagi melihat permohonan seperti yang diterima daripada pengamal media.

“Perkara terbabit belum diputuskan dalam mesyuarat dan ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya