Jangan beli vaksin palsu Covid-19 atas talian - Utusan Malaysia

Jangan beli vaksin palsu Covid-19 atas talian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Vaksin Covid-19 yang dijual secara meluas melalui atas talian adalah tiruan dan palsu kerana buat masa ini, perolehannya hanya boleh diperoleh melalui kerajaan sesebuah negara sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum terdapatnya penjualan vaksin jenis Pfizer tetapi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi mendapati ia adalah palsu.

Katanya, pihaknya bekerjasama dengan pihak berwajib termasuk Interpol sentiasa memantau perkara terbabit malah turut dimaklumkan, banyak vaksin tiruan kini dijual.

“Vaksin Covid-19 hanya dibekalkan kepada kerajaan sahaja dan pihak yang dibenarkan kerajaan. Malah polisi Malaysia, vaksin tidak dijual kerana vaksin diberi secara percuma.

“Saya menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan jualan vaksin terbabit. Malah, tiga vaksin Covid-19 sudah mendapat kelulusan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai terdapat jualan vaksin atas talian dari sumber meragukan.

Selasa lalu, Dr. Noor Hisham memaklumkan sebanyak tiga vaksin Covid-19 mendapat kelulusan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana yang diputuskan melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-354.

“Tiga vaksin itu adalah Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection yang dipegang AstraZeneca Sdn. Bhd dan pengilangnya, Medimmune Pharma B.V. Netherland manakala CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac melibatkan pemegang pendaftaran, Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd dan pengilang, Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China.

“Bagi Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection pula adalah melibatkan permohonan bagi sumber kedua kepada produk Comirnaty yang diberikan pendaftaran bersyarat dipasarkan Pfizer (M) Sdn. Bhd dengan pengilang bagi sumber pertama (drug product and final release), Pfizer Manufacturing Belgium NV, Puurs, Belgium manakala pengilang bagi sumber kedua (final release), BioNTech Manufacturing GmbH, Mainz, Germany,” katanya.

Beliau juga berkata, NPRA juga masih menilai dua lagi produk vaksin Covid-19 iaitu Gam-COVID-Vac atau Sputnik V (keluaran Gamaleya National Research Centre for Epidemiology and Microbiology, Russia) dan CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac (pengilangan fill and finish oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya