Jajaran baharu: Bukan sekarang, tapi selepas PRU-15 - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Jajaran baharu: Bukan sekarang, tapi selepas PRU-15 – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui bahawa parti itu hanya bersedia untuk menubuhkan jajaran politik baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO, beliau menyifatkan ramai pihak salah tafsir terhadap jajaran politik baharu yang didakwa akan berlaku sebelum PRU-15.

“Biarpun tanpa perundingan dengan mana-mana pihak setakat ini, saya dapat merasai impian rakyat yang amat mengharapkan kewujudan sebuah ‘unity government’ demi kestabilan politik negara.

“UMNO terbuka untuk melakukan kerjasama selepas PRU-15 dengan mana-mana sahaja pihak untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berpandangan UMNO perlu menjadi parti dominan terlebih dahulu dan perlu membina ‘political reset’ di negara ini.

“UMNO wajib direlevankan dan mendominasi politik tanah air. Untuk itu, kepimpinan UMNO di peringkat pusat dan akar umbi perlu terbuka untuk hadapi ‘reset’ politik selepas PRU-15, bukan sekarang.

“UMNO harus kembali kepada fitrah asalnya. UMNO memimpin bukan untuk dipimpin. UMNO memerintah bukan untuk diperintah. UMNO harus berdiri megah memperkasakan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya