JAIS, MAIS hanya mahu bantu Muhammad Sajjad - Utusan Malaysia

JAIS, MAIS hanya mahu bantu Muhammad Sajjad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penahanan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertujuan membantunya daripada tidak terus terpesong dengan ajaran Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya bersama JAIS sekadar ingin membantunya dan mengadakan perbincangan demi kebaikan semua pihak.

“Sekiranya boleh, datang secara sukarela dan ikhlas berjumpa dengan JAIS supaya kita dapat berbincang.

“Tidak perlulah saudara menyembunyikan diri sebab negara kita ini bukannya besar sangat, cepat atau lambat kita akan mendapatnya,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Kempen Prihatin Buah Pinggang Kita Semua anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Pada 23 Februari lalu, Muhammad Sajjad dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Bagaimanapun, serbuan ke kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini yang dilakukan petugas JAIS dengan bantuan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu tidak tidak menemukannya dan dia disyaki bersembunyi di lokasi lain.

Malah, Muhammad Sajjad membuat kejutan seolah-oleh berniat mahu menukar agama melalui sebuah video berdurasi satu minit 48 saat tular dalam media sosial yang tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada baharu atau lama.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menegur sikap Muhammad Sajjad yang gemar membuat kenyataan menerusi media sosial kerana hanya akan menambah sentimen tidak baik dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, pihaknya boleh nasihat kepada Muhammad Sajjad dan tidak perlulah dia buat kenyataan dalam media sosial yang hanya menimbulkan benda yang bukan-bukan.

“Pihak JAIS juga manusia biasa, mereka juga ada rasa kecewa dan marah jika sekiranya menggunakan media untuk sosial dengan kata-kata tidak baik sedangkan tujuan mereka adalah untuk mendapatkan maklumat yang betul, berbincang, bertukar-tukar fikiran dan membuat keputusan yang sesuai mengikut undang-undang.

“Oleh demikian, saya nasihatkan agar Muhammad Sajjad sedar dan bertaubat sekiranya benar apa yang didedahkannya menerusi sebuah video mengenai perihal menukar agama,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN