Inisiatif dua universiti anjur Forum Inspirasi Usahawan Alumni - Utusan Malaysia

Inisiatif dua universiti anjur Forum Inspirasi Usahawan Alumni

FORUM Inspirasi Usahawan Alumni menjadikan universiti sebagai platform terhadap membentuk dan membina graduan berketrampilan sejajar dengan cabaran era Revolusi Perindustrian Keempat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Forum Inspirasi Usahawan Alumni bagi memperkasa kebolehpasaran graduan pada masa ini.

Penganjuran itu bagi menguruskan hal berkaitan bekas pelajar untuk membantu bakal graduan mendapatkan nasihat berguna berkaitan bidang kepakaran oleh panel jemputan.

Pihak institusi menampilkan dua panel yang berkongsi kepakaran, pengalaman dalam bidang perniagaan dan ilmu keusahawanan kepada graduan serta turut menawarkan program perintis kepada graduan yang berkelayakan untuk menyertai syarikat mereka.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, inisiatif itu adalah langkah bertepatan dalam menyahut cabaran pengajian norma baharu ketika era pandemik Covid-19.

“Sebagai sebuah pusat pengajian pendidikan terulung, UPSI sentiasa cakna dengan
keperluan semasa pendidikan negara dengan penganjuran program-program
berkaitan untuk melahirkan mahasiswa berkualiti memenuhi aspirasi negara.

“Selain itu, inisiatif yang diambil oleh pusat tanggungjawab UPSI dan USIM ini merupakan suatu nilai tambah yang amat tepat demi menyokong hasrat negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bagi melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya USIM, Mohd. Asri Hussain berkata, graduan perlu bersiap-siaga menghadapi landskap baharu ekonomi global dengan meneroka bidang keusahawanan sebagai pilhan kerjaya utama dan tidak hanya bergantung kepada pekerjaan semata-mata.

“Program seumpama ini menjadikan universiti sebagai platform terhadap membentuk dan membina graduan berketrampilan selaras dengan cabaran era Revolusi periindustrian keempat,” katanya.

Program yang melibatkan bekas pelajar kedua-dua buah institusi pengajian tersebut berlangsung selama 90 minit dipancarkan secara langsung menerusi laman sosial facebook Pusat Alumni UPSI serta Pusat Alumni dan Kerjaya USIM. – UITUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya