‘Ibu Mawar, tolong kami selesai urusan JKM’ - Utusan Malaysia

‘Ibu Mawar, tolong kami selesai urusan JKM’

NORSYAZWANI Jerkimin bersama Mawar Awliyah Aufa Abdullah yang kini dianggap seperti anak kandungnya selepas memelihara kanak-kanak itu sejak bayi di Kota Tinggi, Johor. -UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Suami isteri yang memelihara anak angkat kini berharap dapat bertemu semula ibu kandung kepada Mawar Awliyah Aufa Abdullah, 7, yang dijaga mereka sejak berusia sembilan bulan.

Norsyazwani Jerkimin, 26, yang merupakan penjaga kepada kanak-kanak itu berkata, ibu kandung Mawar yang juga kenalannya itu tidak dapat dikesan apabila dipercayai menghilangkan diri selepas meminta dia menjaga seketika anak tersebut, tujuh tahun lalu.

Katanya, dia dan suami, Mohamad Hanafi Aris, 26, kini tidak kisah untuk membesarkan Mawar yang sudah dianggap darah daging sendiri, namun, mereka berdepan kesukaran untuk urusan pengambilan anak angkat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ujar Norsyazwani, proses tersebut bukan sahaja membantunya menjaga Mawar secara sah, tetapi, lebih utama dapat menjamin masa depan anak angkatnya yang sepatutnya sudah memasuki darjah satu.

“Pada Disember 2014, ibu kandung Mawar meminta kami menjaga sekejap anak mereka kerana mahu mencari kerja bagi menampung hidup mereka, tetapi, selepas seminggu, kami menjaga Mawar, dia terus menghilang dan nombor telefon tidak dapat dihubungi.

\‎”Kami memang berusaha mencarinya sejak dahulu, namun, tidak jumpa dan kini berdepan kesukaran di JKM untuk urusan dokumentasi bagi persekolahan Mawar yang memerlukan kehadiran ibu kandungnya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Justeru, Norsyazwani mengharapkan ibu kanak-kanak itu dapat memunculkan diri sekiranya terbaca kisah ini atau sesiapa yang mempunyai maklumat dapat tampil membantu mereka menyelesaikannya secepat mungkin.

“Kami harap sekiranya ibu kandungnya terbaca tentang perkara ini, dia dapat hadir ke JKM Kota Tinggi untuk melancarkan proses pengambilan anak angkat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya