Hujan lebat, banjir mula melanda Hulu Tembeling - Utusan Malaysia

Hujan lebat, banjir mula melanda Hulu Tembeling

AIR Sungai Tembeling mula melimpah memasuki kawasan dataran kampung termasuk tempat menunggu bot penambang dan kedai makan di Kampung Bantal, Jerantut, Pahang, hari ini. - IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Belum pun reda tekanan musim pejur penghujung tahun lalu dan ancaman pandemik Covid-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penduduk mukim Hulu Tembeling di sini, kini berdepan kembali dengan kejadian banjir.

Banjir mula melanda Kampung Bantal berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu di kawasan pedalaman hulu mengakibatkan air sungai utama, iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Sepia melimpah ke tebing.

Berasaskan laporan di laman sosial Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dijangka berterusan di Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin.

Jerantut antara daerah yang terkesan dengan musibah banjir kerana aliran sungai utama, iaitu Sungai Tembeling bermula di Hulu Tembeling menyaksikan apabila hujan lebat berterusan mengakibatkan kawasan kampung di pesisir sungai itu dinaiki air.

Penduduk Kampung Bantal, Zulkefly Jamaludin berkata, siren amaran banjir berbunyi pada pukul 12.27 tengah malam tadi apabila air melimpah masuk ke kawasan dataran kampung melibatkan kedai makan, pondok menunggu bot penambang, jeti dan beberapa buah kediaman penduduk.

“Kami tidak terkejut kerana sudah menjangka air Sungai Tembeling melimpah masuk ke kawasan premis memandang hujan lebat.

“Kejadian ini berpunca apabila berlaku pertembungan aliran Sungai Sepia dan Sungai Tembeling berdekatan kampung ini menyebabkan air naik dengan cepat,” katanya di Kampung Bantal di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya