HTAR kesan waris pesakit tanpa dokumen - Utusan Malaysia

HTAR kesan waris pesakit tanpa dokumen

Lelaki yang lumpuh separuh badan dikenali sebagai Hafazi Shawal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengesan waris kepada pesakit yang ditemukan di kawasan hutan berdekatan Taman Botanik di sini, sejak 13 Januari lalu.

Lelaki yang lumpuh separuh badan dikenali sebagai Hafazi Shawal, 40-an itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Jurucakap HTAR berkata, lelaki itu ditemukan hasil maklumat orang awam yang menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.

“Selain lumpuh, pemeriksaan mendapati Hafazi tidak boleh bertutur dengan jelas dan mendakwa sebagai warga tempatan.

“Semakan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagaimanapun tidak menemui sebarang rekod dokumen pengenalan dirinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, Hafazi kini masih ditempatkan di Wad 8A hospital tersebut.

“Lelaki berkenaan setakat ini didapati tidak mempunyai sebarang penyakit kronik selain lumpuh badan.

“Kita berharap mana-mana waris tampil bagi urusan lanjut terutama berkaitan dokumen pengenalan diri,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Hafazi diminta menghubungi Unit Perhubungan Awam HTAR di talian 03-33757000 (sambungan 1267) untuk tindakan lanjut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN