Hari penting penentu hala tuju UMNO - Utusan Malaysia

Hari penting penentu hala tuju UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada hari ini dijangka memuktamadkan hala tuju parti itu terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sama ada usul dikemukakan 124 bahagian berhubung kerjasama UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya umum akan diterima atau sebaliknya bakal ditentukan pada petang ini.

Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan perhimpunan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) dan beliau kemudian menyampaikan ucapan dasar.

Majlis perasmian dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa oleh Ahmad Zahid di pekarangan Menara Dato Onn.

Dijangka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga hadir ke majlis perasmian perhimpunan tahunan berkenaan.

Perhimpunan kali ini diadakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, mengimbas MySejahtera dan sanitasi tangan.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya