Hanya 'lalat' masuk ke AP - Utusan Malaysia

Hanya ‘lalat’ masuk ke AP

PEKERJA ladang di Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang menunjukkan buah strawberi yang dikeluarkan di kawasan berkenaan. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 15 pusat agropelancongan (AP) yang menjual produk hiliran berasaskan strawberi mengalami kerugian akibat ketiadaan pelancongan ke pusat peranginan tanah tinggi itu kerana aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan.

Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd. Rahman Syed Abd. Rashid berkata, setiap minggu, rata-rata AP mampu memperoleh RM2,000 ke RM10,000 menerusi jualan produk hiliran berasaskan strawberi seperti jem, kordial dan aiskrim.

Namun ketika ini, katanya, akibat ketiadaan pelancongan, AP terutama lapan buah di Kampung Taman Sedia di sini tetap dibuka, bagaimanapun suasananya sepi tanpa kehadiran pelancong.

“Selain produk hiliran, AP di sini juga menyediakan perkhidmatan inap desa, ia juga sepi.

“Jika keadaan ini (ketiadaan pelancong) berterusan, ia pastinya memberi masalah cukup besar kepada AP di sini terutama pengusaha Melayu di Kampung Taman Sedia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Pemilik, KHM Strawberries & Jam di Kampung Taman Sedia, Khairani Mohd. berkata, AP di kampung itu lengang tanpa kehadiran pelancong sejak PKP dilaksanakan ekoran penularan Covid-19.

Jelasnya, perniagaan tetap perlu dibuka setiap hari namun ‘pelanggannya’ bukan manusia tetapi ‘lalat’.

“Inilah nasib AP di sini, perbelanjaan bulanan antara RM30,000 ke RM50,000 termasuk untuk membayar gaji pekerja. Bagaimana hendak bertahan jika aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan?

“Saya sebagai contoh, ketika PKP 1.0, saya kerugian RM250,000, gaji pekerja tetap kena bayar,” katanya.

Mengulas kebenaran rentas negeri untuk kegiatan pelancongan, beliau berkata, kebenaran itu tidak membantu pengusaha AP di Kampung Taman Sedia.

“Tidak akan ada bas-bas pelancongan yang masuk ke sini. Yang ada pun rombongan ‘Cik Kiah’ dan orang-orang kampung.

“Ini kerana agensi yang membawa mereka lebih tertumpu kepada hotel-hotel besar yang ada di sini, ia tidak membantu. Apa yang terbaik kerajaan perlu membenarkan aktiviti rentas negeri,” katanya.

Apa yang penting, katanya, prosedur operasi standard (SOP) diperketat dan beliau yakin ia dipatuhi kerana menjadi norma baharu dalam kehidupan rakyat ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya