Hanya anak tempatan Langkawi dapat duduk PPR - Utusan Malaysia

Hanya anak tempatan Langkawi dapat duduk PPR

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengusulkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memastikan hanya anak jati Langkawi diberi kelulusan menduduki projek perumahan rakyat (PPR) Hulu Melaka dan Kuah di Langkawi.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor dalam wawancara secara langsung bersama stesen radio Langkawi FM pada 15 Mac lalu.

“Perlu dijelaskan kerajaan negeri sama ada melalui Menteri Besar, barisan Exco atau mana-mana pegawai kerajaan tidak pernah membuat kenyataan menjurus kepada maksud menawarkan rumah PPR kepada warga Myanmar yang menduduki kawasan Bukit Malut di Langkawi.

“Perlu juga dijelaskan PPR sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan iaitu KPKT dan bukannya di bawah kerajaan negeri.

“Penglibatan kerajaan negeri khususnya Bahagian Perumahan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) dalam urusan ini adalah sangat terhad iaitu menerima permohonan daripada rakyat negeri Kedah yang layak, khususnya anak jati Langkawi dan kemudian menyerahkan kepada KPKT untuk proses penapisan dan diberi kelulusan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff seperti dilaporkan Utusan Malaysia kelmarin yang berkata, persatuan itu akan membuat bantahan sekiranya kerajaan negeri menawarkan rumah di dua projek PPR tersebut kepada warga Myanmar di Bukit Malut, Langkawi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya