Hanya 164,000 daftar terima vaksin di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Hanya 164,000 daftar terima vaksin di Pulau Pinang

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hanya 164,000 individu di Pulau Pinang  mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di aplikasi MySejahtera setakat semalam. 

Menyifatkan angka itu masih rendah, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo justeru menggalakkan lebih ramai negeri ini segera mendaftar. 

Jelasnya, usaha itu sangat mustahak dalam memastikan peperangan membendung wabak Covid-19 berjaya dimenangi dengan penerimaan suntikan vaksin. 

“Kita perlu lebih ramai daftar untuk menerima vaksin kerana proses vaksinasi adalah satu perkara yang penting dalam perjuangan menentang Covid-19. 

“Semalam Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah menerima vaksin Covid-19, saya dan beberapa pihak lain juga telah terima vaksin jadi jangan risau mengenai proses vaksin ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Seramai 3,224,641 individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di aplikasi MySejahtera setakat pukul 3 petang kelmarin. 

Jumlah terkini itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi Twitternya berdasarkan maklumat rasmi daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). 

Dalam perkembangan lain, Jagdeep berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperkenalkan MBPP Smart Pay yang menyediakan fasiliti bayaran tanpa tunai melalui pelbagai platform sebagai salah satu langkah mencegah penularan wabak Covid-19. 

Jelas beliau, melalui MBPP Smart Pay warga Pulau Pinang boleh menggunakan mana-mana platform bayaran tanpa tunai untuk membuat bayaran bil-bil majlis iaitu bil cukai, bil sewaan, bil lesen, bil tempahan, bil pelbagai dan kompaun. 

Selain itu tambahnya, MBPP juga menyediakan perkhidmatan MBPP Smart Counter yang mana kaunter-kaunter bayaran PBT  dilengkapkan dengan kemudahan bayaran tanpa tunai, kad bank dan e-wallet. 

“Sebelum ini, kaunter bayaran MBPP hanya menerima bayaran secara tunai dan kad kredit sahaja. 

“Perkhidmatan kaunter dapat membantu memenuhi keperluan dan permintaan orang ramai terutamanya semasa waktu puncak dan  penyediaan platform-platform yang pelbagai ini akan mempertingkatkan lagi tahap kecekapan dan perkhidmatan MBPP,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya