Hamzah hubungi  KPN dakwaan kartel dalam PDRM - Utusan Malaysia

Hamzah hubungi  KPN dakwaan kartel dalam PDRM

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung dakwaan wujud kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkannya.

Menurut Hamzah, beliau bagaimanapun sebelum ini tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.

“Sebelum ini, perkara yang KPN (Ketua Polis Negara) maklumkan adalah kepada umum, saya sebagai menteri tidak dimaklumkan awal.

“Jadi, semalam saya sudah pun menghubungi KPN dan meminta beliau menyediakan laporan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin KDN di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Hamzah, laporan penuh mengenai dakwaan berkenaan diperlukan agar perkara yang diumumkan kepada rakyat selepas ini lebih jelas.

“Selepas ini, perkara yang diumumkan kepada rakyat biar lebih jelas, tidak samar-samar atau menimbulkan persepsi yang kurang baik, saya meminta agar beliau melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP),” katanya.

Semalam, Hamzah berkata,  Abdul Hamid perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) berhubung dakwaannya mengenai kewujudan kartel dalam PDRM dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkannya.

Hamzah, yang juga Pengerusi SPP dilaporkan berkata, Abdul Hamid tidak pernah membawa isu berkenaan kepada SPP, malah, pertama kali beliau mendengar ‘ada kartel dalam PDRM.’ – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya