Hampir 7 juta daftar untuk suntikan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Hampir 7 juta daftar untuk suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permohonan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 terus meningkat apabila 6,924,337 individu berbuat demikian setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah itu merangkumi 28.5 peratus yang berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera sebagaimana direkodkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV).

“Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 bermula dalam masa terdekat. Daftar untuk vaksinasi sekarang melalui MySejahtera, melalui laman web https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/ atau menghubungi talian 1-800-828 ,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Daripada jumlah pendaftaran menerusi MySejahtera itu, Selangor merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 1,926,232 orang diikuti Johor (887,550), Kuala Lumpur (590,882), Sarawak (552,979), Perak (500,842) dan Pulau Pinang (489,487).

Selain itu, Kedah 369,285 orang, Sabah (310,329 orang), Negeri Sembilan (289,643 orang), Pahang (281,803 orang), Melaka (222,304 orang), Kelantan (200,988 orang) dan Terengganu 185,903 orang.

Sementara itu, bagi negeri populasi kecil merekodkan Putrajaya 46,205 orang berdaftar; Perlis 47,089 orang dan Labuan 22,816 orang.

Bagi perkembangan jumlah pemberian dos vaksin Covid-19 setakat semalam pula adalah sebanyak 536,681 dengan dos pertama berjumlah 443,124 dan dos kedua pula 93,557.

Dr. Adham berkata, Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dos pertama dengan 62,418 individu diikuti Perak (49,535 individu) Sabah (41,378 individu ) Kuala Lumpur (38,645 individu ) dan Sarawak (36,385 individu ).

Katanya, jumlah di Pahang pula mencatatkan seramai 33,339 individu, Johor (33,061 individu), Kedah (26,316 individu ), Pulau Pinang (31,740 individu ), Kelantan (19,802 individu ), Negeri Sembilan (21,833 individu) dan Terengganu (20,503 individu).

“Sementara itu di Melaka seramai 11,248 individu menerima vaksin, Perlis (9,533 individu), Putrajaya (4,622 individu) dan Labuan 2,346 indvidu,” katanya.

Dalam fasa pertama program imunisasi yang bermula 24 Februari lalu, sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan disasarkan menerima vaksin.

Fasa kedua pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU) melibatkan 9.4 juta orang.

Bagi fasa ketiga pula, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya