Hadiah dari 'rakan di AS' tak dapat, RM17,500 lesap - Utusan Malaysia

Hadiah dari ‘rakan di AS’ tak dapat, RM17,500 lesap

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Usah mudah percaya dengan rakan media sosial yang baharu dikenali dan tiba-tiba pula ingin mengirim hadiah lumayan dari luar negara.

Bagaimanapun itu yang berlaku kepada seorang pembantu jualan berusia 38 tahun dekat sini yang mengalami kerugian RM17,500 akibat diperdaya rakan baharu di laman Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita itu berkenalan dengan suspek pada Februari lalu.

“Mangsa berkenalan dengan seorang lelaki menggunakan nama akaun Facebook sebagai Mohammed Asan yang berasal dari Sarawak dan menetap di Amerika Syarikat (AS).

“Lelaki tersebut memberitahu ingin memberi hadiah berupa wang tunai AS$20,000 (RM83,000) serta barang kemas sebagai tanda persahabatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, namun wanita itu diminta membuat bayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST), caj kastam serta kos penghantaran sebelum boleh menerima hadiah tersebut.

Jelasnya, tanpa berfikir panjang mangsa telah melakukan 11 transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bank milik seorang wanita pada tempoh antara 26 Februari hingga 6 Mac lalu.

“Selepas memindahkan RM17,500 ke dalam akaun yang diberikan suspek itu, mangsa sekali lagi diminta memasukkan RM1,000.

“Mangsa enggan memasukkan wang tersebut kerana menyedari telah ditipu,” tambahnya.

Beliau berkata, mangsa tampil membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya