Gurauan ajal - Utusan Malaysia

Gurauan ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: “Saya ingat Hakim (Muhammad Hibatullah Hakim Razak) main-main dia lemas,” kata Bonny Anak Meranat, 42, rakan kepada dua remaja yang lemas di Pantai Batu Layar, di sini hari ini.

Kata Bonny, perancangan untuk ke pantai itu dibuat oleh Muhammad Hariz Farhat Omar, 23, pada Jumaat lalu.

Menurutnya, Muhammad Hibatullah yang juga berusia 23 tahun turut menyatakan keinginan mahu mengikut sama kerana hendak mengambil motosikalnya di Pengerang.

“Kami baru sahaja sebulan kenal kerana sama-sama bekerja di kilang besi dekat Senai. Kami ke pantai menaiki kereta saya dan sampai pada waktu pagi di pantai itu sebelum terus mandi-manda.

“Tidak lama kemudian saya nampak Hakim terkapai-kapai, Muhammad Hariz yang melihat situasi itu cuba untuk selamatkan dia namun kedua-keduanya dibawa arus.

“Saya yang tidak pandai berenang tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan terus mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bonny berkata, Muhammad Hariz berasal dari Kedah manakala Hakim berasal dari Perak mula bekerja di kilang tersebut sejak Januari lalu.

Jelasnya, meskipun baru mengenali mereka dalam tempoh yang singkat namun kedua-duanya merupakan rakan yang baik.

Terdahulu, kegembiraan tiga sahabat bercuti di Pantai Batu Layar, di sini berakhir tragedi apabila seorang daripadanya lemas dalam kejadian itu, manakala seorang lagi masih hilang.

Mayat Muhammad Hariz ditemukan oleh orang awam di celah batu kira-kira 30 meter dari pantai.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat Muhammad Hibatullah Hakim masih diteruskan pasukan mencari dan menyelamat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya