Gerun disaman, rela terputus rezeki - Utusan Malaysia

Gerun disaman, rela terputus rezeki

Tinjauan mendapati tiada lagi penjaja-penjaja di persimpangan lampu isyarat Taman Maju, Kota Bharu di sini semalam. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiada lagi kelibat belia melakukan aktiviti berniaga minuman atau makanan di persimpangan lampu isyarat, susulan tindakan polis menya­man penjaja jalanan di negeri ini sejak kelmarin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, rata-ratanya membe­ritahu, sanggup berpanas atau berhujan demi mencari rezeki, namun tidak rela jika rezeki tersebut digunakan untuk membayar saman.

Seorang peniaga air dalam balang, Azuan Mohamad, 28, berkata, sebelum ini dia mengambil 18 belia sebagai pekerja dengan niat mahu membantu mereka yang semakin sukar mendapat kerja ketika ini.

Mereka kemudiannya mengambil inisiatif melariskan minuman dari gerainya dengan cara menjaja di sekitar persimpangan lampu isyarat Lembah Sireh dan Jalan Lundang, di sini.

Bagaimanapun, selepas dua pekerjanya disaman pihak polis semalam, Azuan enggan mengambil risiko dan membuat keputusan drastik dengan memberhentikan 15 daripada mereka.

“Saya ambil mereka bekerja kerana kasihan melihat golo­ngan belia ini yang terdesak mencari kerja untuk menyara keluarga. Ada antara mereka berasal daripada keluarga miskin dengan ibu terlantar sakit.

“Namun apabila polis mula menyaman penjaja jalanan, saya terpaksa memberhentikan mereka. Sebagai rakyat, saya perlu akur pada arahan biar pun berdepan kerugian,” katanya.

Azuan memberitahu, sebelum ini, dia berjaya menjual kira-kira 300 gelas minuman sehari dan setiap penjaja menerima upah sehingga RM60 sehari, namun selepas penguatkuasaan ketat pihak berkuasa, jualannya merosot teruk.

Sementara itu, seorang belia yatim piatu mahu dikenali sebagai Ali, 21, berkata, sejak setahun lalu, pelbagai jenis kerja telah dipohonnya namun gagal menyebabkan dia nekad menjadi penjaja jalanan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya