Gagal sedia alat rekod butiran masih kekal tertinggi ingkar SOP - Utusan Malaysia

Gagal sedia alat rekod butiran masih kekal tertinggi ingkar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam naik lagi untuk hari kedua berturut-turut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 80 individu dicekup semalam berbanding 54 individu ditahan kelmarin dan 41 individu diberkas pada Rabu lalu.

“Daripada jumlah ini, 79 dikompaun dan seorang direman dengan kes tertinggi kekal iaitu gagal sedia alat merekod butiran diri sebanyak 26 kes,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Ini diikuti pula kesalahan aktiviti pusat hiburan (24), gagal jarak fizikal (16), merentas kawasan lain tanpa izin (sembilan), tiada pelitup muka (empat) dan pelbagai kesalahan lain sebanyak satu kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN