Empat cedera, Proton Saga berpusing - Utusan Malaysia

Empat cedera, Proton Saga berpusing

PROTON Saga yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu berpusing melanggar dua buah kenderaan lain termasuk sebuah van pekerja kilang di Jalan Bemban-Tehel, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sebuah kereta hilang kawalan lalu berpusing melanggar dua buah kenderaan lain termasuk sebuah van pekerja kilang di Jalan Bemban-Tehel di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 7.50 pagi itu, empat mangsa berusia antara 24 hingga 59 tahun mengalami kecederaan di tangan serta kaki dan dikejarkan ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian kereta jenis Proton Saga dipandu wanita berusia 29 tahun itu dalam perjalanan dari arah Bemban ke Ayer Molek.

“Setiba di tempat kejadian iaitu kawasan berselekoh, kereta tersebut telah hilang kawalan lalu berpusing dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta tersebut kemudian kemudian telah melanggar bahagian kiri sebuah van pekerja yang sehingga kenderaan itu terbabas menjunam ke parit.

“Sebuah motosikal yang berada di belakang van ketika kejadian turut terbabas dan penunggangnya mengalami kecederaan di kaki,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta Saga tersebut cedera di beberapa anggota badan termasuk tangan.

“Pemandu lelaki van berusia 59 tahun dan seorang penumpang wanita pekerja kilang berusia 32 tahun bagaimanapun hanya mengalami calar di tangan.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya