Emas urai di Lipis dipunggah penjajah - Utusan Malaysia

Emas urai di Lipis dipunggah penjajah

ARIPIN SAID menunjukkan antara kapal dagang Inggeris yang pernah berniaga emas urai di Sungai Lipis, Pahang pada abad ke-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kekayaan galian emas di Lipis bukan bermula sekarang tetapi sejak dahulu lagi dan ia menjadi rezeki penduduk tempatan serta orang-orang luar.

Penduduk Lipis kini dikatakan mendapat rezeki durian runtuh hasil galian tersebut dan sejak dahulu galian itu lebih dikenali dengan nama emas urai.

Sejak dahulu kampung-kampung Kecau, gua dan di sepanjang Sungai Jelai dan Sungai Lipis emas urai mudah didapati dan dijual kepada peraih dan kemudian kepada pedagang-pedagang luar yang datang khususnya orang-orang Cina.

Sebelum kedatangan Inggeris pada 1887 ke Lipis, pedagang mereka sudah datang sebenarnya membeli malah juga mencari emas.

Akhirnya pembesar Inggeris, Sir Hugh Clifford berusaha mendapatkan tapak di Lipis dan memilih sebidang tanah yang luas di pinggir Sungai Jelai.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tokoh Warisan Kebangsaan, Datuk Aripin Said menceritakan tanah tersebut adalah kepunyaan Orang Kaya Haji Daud iaitu warisan keluarga Dato’ Perba Jelai.

Menurutnya, kehendak Clifford mendapat bantahan bukan sahaja oleh tuan tanah iaitu Haji Daud tetapi seluruh penduduk Lipis juga tidak bersetuju.

“Clifford tetap menjalankan jarum kelicikannya dan akhirnya Haji Daud ditembak mati di rumahnya. Ini satu pengorbanan anak Lipis atas dasar benci penjajah dan cintanya kepada tanah air.

“Kisah ini diingati oleh setiap anak Lipis sekarang ini dan mereka bangga atas kecintaan mereka kepada tanah air buktinya tokoh Lipis memperjuangkannya hingga kehilangan nyawa.

“Inggeris sangat licik kerana mereka selalu menggunakan nama sultan ketika itu iaitu Sultan Ahmad Muadzam Syah. Semua itu untuk kepentingan mereka bukan sekadar untuk meluaskan tanah jajahan tetapi untuk memunggah hasil emas yang banyak di kawasan itu,” katanya.

Aripin berkata, gelaran Tok Perba Jelai itu dalam satu versi adalah menurut cerita bahawa satu ketika Wan Muhammad Wan Idris semasa pemerintahan Tun Ali (Bendahara) datang ke Lipis Wan Muhammad mempersembahkan sebuah tempayang kecik yang ditemukannya dalam reba di Sungai Jelai.

“Dalam tempayan kecil itu berisi emas dan Tun Ali menitahkan Wan Ahmad duduk bersila. Tun Ali mencurahkan tempayan kecil berisi emas ke kepala Wan Muhammad sambil bertitah, “mana-mana yang jatuh ke riba Wan Muhammad adalah milik orang kaya”.

“Mana-mana yang jatuh ke tempat lain merata itu adalah milik kawan,” katanya.

Maka sejak itu katanya, gelaran orang besar Lipis itu disebut Orang Kaya Perba Jelai. Perba mengambil sempena tempayan emas yang ditemukan dalam reba iaitu semak samun ranting kayu dalam sungai.

“Bagaimanapun gelaran itu sekarang disebut Orang Kaya Indera Perba Jelai iaitu jawatan salah seorang orang berempat di negeri Pahang.

“Kuala Lipis diangkat oleh Inggeris dengan persetujuan Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah menjadi ibu negeri Pahang pada 1887. Pada 1995 ibu negeri ini ditukar ke Kuantan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya